Showing posts with label Pertolongan Cemas. Show all posts
Skop Pertolongan Cemas
23:26
Definisi:
Pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa atau keturunan sebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital.
Prinsip-prinsip pertolongan cemas:
Pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa atau keturunan sebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital.
Prinsip-prinsip pertolongan cemas:
- Menyelamatakan nyawa
- Mengurangkan kesakitan
- Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk
- Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital
- Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.
- Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya pernafasan pesakit itu
- Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya sahaja dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa.
- Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.
- Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik.
- Memberikan rawatan renjatan dengan segera.
- Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah.
- Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna . Arahan am untuk memberi rawatan bantu mula: Bertindak dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk membuat panggilan ke polis, ambulans, keluarga dll. Bertindak berdasar DRABC [Danger Response Airways Breathing Circulation] iaitu:
- Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya [D]
- Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau bertanya dengannya jika mangsa sedar. [R]
- Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut - jika ada keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa [A]
- Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR - External Air Resuscitation [B]
- Pastikan nadi mangsa berfungsi - semak di nadi karotid atau di leher [C], jika tidak lakukan CPR [Cardio Pulmponary Resuscitation].