Pada tahun 667 sebelum masihi, bangsa Yunani telah mengasaskan sebuah kota. Ketika itu mereka diterangi cahaya bulan. Nama kota itu diberi nama Byzantium yang diambil sempena nama seorang tokoh dalam mitologi Yunani iaitu Byzas. Bangsa Yunani kemudiannya telah memberikan simbol bulan sabit sebagai dedikasi kepada Dewi Arthemis (Dewi Diana) yang menggunakan simbol bulan sabit.
Pada tahun 330 masihi, kota tersebut telah ditakluk oleh bangsa Rom dibawah Maharaja Constantine. Walaubagaimanapun, simbol bulan sabit tetap menjadi lambang kota tersebut kerana orang Rom sangat mengagumi budaya Yunani. Setelah penaklukan itu, mereka telah menyerap agama Yunani termasuk penyembahan kepada Arthemis.
Post a Comment